Friday, May 14, 2010

Terikutkah kita dengan perkembangan trend tudung?

Kerana seringkali diperli rakan-rakan akibat jarang sekali melayan aktiviti jual beli di sekolah, aku pun akhirnya ikut membeli fesyen tudung terbaru 'tudung Arini'. Syukurnya kali ini rekabentuk tudung nampak berbeza sedikit daripada yang sebelumnya. tidak ketat dan ada saiz XXL jadi aku pun tangkap 2 helai.
Pertama kali cuba di depan cermin, alamak pelik betul muka, nampak bulat macam donut.
Dalam waktu yang terdekat rasa belum bersedia untuk memakainya.
Kadangkala tertekan juga bila kawan asyik bertanya bila nak tukar fesyen.
Perkembangan fesyen tudung nampaknya semakin pantas, tudung yang penuh batu-batu nampaknya sudah tergantung semuanya....
Agaknya selepas ini fesyen tudung apa pulak yang timbul, apa pun diharapkan semua perempuan Islam masih menepati ciri-ciri tudung dalam Islam walaupun melayani keinginan untuk mengikut trend tudung terkini
Tepuk dada, tanya IMAN

Thursday, May 13, 2010

Selamat Datang pelajar 6 bawah ke SMKTD

Bersamaan tarikh 10 Mei, saya antara yang bertugas mendaftarkan pelajar baru dari SMK Banting. Daripada 30 pelajar yang dijangka hadir, hanya 6 orang yang mendaftarkan diri. Melihat wajah-wajah pelajar yang hadir untuk mendaftar, saya dapat merasakan bahawa mereka seolah-olah terpaksa menyambung pelajaran di tingkatan 6. Sedikit sahaja di kalangan mereka yang nampak teruja untuk berada di tingkatan 6, yang lain semuanya menunjukkan ' long face'.
Dan yang menyedihkan lagi Kelas ekonomi yang selalunya mempunyai 3 kelas telah dikurangkan kepada 2 kelas sahaja tahun ini. Apa boleh buat, kita hanya boleh akur dengan ketetapan itu. Mungkin keputusan itu dibuat setelah meneliti prestasi mata pelajaran ekonomi pada tahun-tahun lepas.
Rasanya pengalaman semakin bertambah, ilmu yang diberi makin mencurah tapi keputusan tetap tidak begitu memuaskan.
Apapun mudah-mudahan , diberikannya keazaman untuk melakar kejayaan walau pelajar makin lama semakin berkurangan