Friday, May 14, 2010

Terikutkah kita dengan perkembangan trend tudung?

Kerana seringkali diperli rakan-rakan akibat jarang sekali melayan aktiviti jual beli di sekolah, aku pun akhirnya ikut membeli fesyen tudung terbaru 'tudung Arini'. Syukurnya kali ini rekabentuk tudung nampak berbeza sedikit daripada yang sebelumnya. tidak ketat dan ada saiz XXL jadi aku pun tangkap 2 helai.
Pertama kali cuba di depan cermin, alamak pelik betul muka, nampak bulat macam donut.
Dalam waktu yang terdekat rasa belum bersedia untuk memakainya.
Kadangkala tertekan juga bila kawan asyik bertanya bila nak tukar fesyen.
Perkembangan fesyen tudung nampaknya semakin pantas, tudung yang penuh batu-batu nampaknya sudah tergantung semuanya....
Agaknya selepas ini fesyen tudung apa pulak yang timbul, apa pun diharapkan semua perempuan Islam masih menepati ciri-ciri tudung dalam Islam walaupun melayani keinginan untuk mengikut trend tudung terkini
Tepuk dada, tanya IMAN

Thursday, May 13, 2010

Selamat Datang pelajar 6 bawah ke SMKTD

Bersamaan tarikh 10 Mei, saya antara yang bertugas mendaftarkan pelajar baru dari SMK Banting. Daripada 30 pelajar yang dijangka hadir, hanya 6 orang yang mendaftarkan diri. Melihat wajah-wajah pelajar yang hadir untuk mendaftar, saya dapat merasakan bahawa mereka seolah-olah terpaksa menyambung pelajaran di tingkatan 6. Sedikit sahaja di kalangan mereka yang nampak teruja untuk berada di tingkatan 6, yang lain semuanya menunjukkan ' long face'.
Dan yang menyedihkan lagi Kelas ekonomi yang selalunya mempunyai 3 kelas telah dikurangkan kepada 2 kelas sahaja tahun ini. Apa boleh buat, kita hanya boleh akur dengan ketetapan itu. Mungkin keputusan itu dibuat setelah meneliti prestasi mata pelajaran ekonomi pada tahun-tahun lepas.
Rasanya pengalaman semakin bertambah, ilmu yang diberi makin mencurah tapi keputusan tetap tidak begitu memuaskan.
Apapun mudah-mudahan , diberikannya keazaman untuk melakar kejayaan walau pelajar makin lama semakin berkurangan

Wednesday, October 28, 2009

Hajj season again


This year's hajj season has brought back my memories of the Holy Land. It was 8 years back when at last I managed to answer the call to perform the 5th pillars of Islam.
I couldn't stop may tears from falling to see the Kaabah for the very first time in my life. It was very far different from what I've imagined.
I used to enter Masjidil Haram through Babul Madina but I can't remember the number of the door. The experience of going in and out of the Masjid stayed vividly in my mind until today.
This year two of my friend are to perfom Hajj. Alhamdulillah, they are chosen by Allah to be the His Guest.Hopefully, they will attain hajji mabrur.
Labbayk, Allahumma, Labbayk

Tuesday, October 27, 2009

Sambung buat blog

Pada 27 Oktober 2009 dapat la pulak password secara tidak sengaja,mulamengetik setelah meninggalkan duniablog selama setahun. Dahlah letih nak dapat balik masukke blog, result PTK pula masih ditakuk lama....mungkin ada hikmah..
Sekarang ini tengah sibuk mengulangkaji pelajar 6 atas untuk STPM yang bakal tiba. Kesabaran perlu berada pada tahapyang tertinggi,ikut hati rasa nak marah ...sekian lama belajar masih terkial-kial ..lagi. Tapi itulah guru mesti terus berusaha terus bermotivasi dan memotivasi sperti apa yang kita buat untuk anak-anak sendiri.
Moga usaha disaat-saat akhir akan membuahkan hasil Amin..Kejayan untuk pelajar dan guru..

Friday, August 1, 2008

Salam Datang ke blog saya



Pertama kali belajar blog 2 Ogos 2008, masih keliru tapi tetap mencuba ...ikut kata sifu...langkah demi langkah. Diriku mungkin tidak ada jodoh dengan dunia komputer dan seisinya. Sukar sekali untuk aplikasi ilmu yang telah dikutip tapi kali ini .. harap berbeza.